Lahir mati
Lahir mati

Lahir mati

Lahir mati atau kelahiran mati biasanya ditakrifkan sebagai kematian janin pada atau selepas 20 atau 28 minggu kehamilan.[1][2] Hasilnya, bayi yang dilahirkan tiada sebarang tanda-tanda kehidupan.[2] Kelahiran mati boleh mengakibatkan perasaan bersalah atau kesedihan pada ibu.[7] Istilah ini berbeza dengan keguguran, yang merupakan kehilangan janis pada awal peringkat kehamilan, dan kelahiran hidup yang melibatkan bayi dilahirkan dalam keadaan hidup, walaupun ia mungkin mati selepas itu.[7]Selalunya punca lahir mati tidak diketahui.[1] Terdapat pelbagai punca yang berkaitan termasuk komplikasi kehamilan seperti pra-eklampsia dan komplikasi kelahiran, masalah dengan plasenta atau tali pusat, kecacatan kelahiran, jangkitan seperti malaria dan sifilis, dan ibu yang tidak baik.[2][3][8] Antara faktor-faktor risiko lain termasuklah umur ibu yang melebihi 35 tahun, merokok, penggunaan dadah, penggunaan teknologi pembiakan berbantu, dan kehamilan pertama.[4] Kelahiran mati mungkin disyaki apabila tiada pergerakan janin dirasai.[5] Pengesahan dapat dilakukan melalui ultrabunyi.[5]Pencegahan seluruh dunia bagi kebanyakan kelahiran mati boleh dilakukan dengan penambahbaikan sistem kesihatan.[2][9] Kira-kira separuh daripada kelahiran mati berlaku semasa bersalin, dan hal ini lebih biasa berlaku di negara membangun berbanding negara maju.[2] Selain itu juga, bergantung pada sejauh mana tempoh kehamilan, ubat-ubatan boleh digunakan untuk memulakan kelahiran atau sejenis pembedahan yang dikenali sebagai "pendilatan dan pengosongan" boleh dijalankan.[6] Selepas kelahiran mati, wanita berisiko lebih tinggi untuk kelahiran mati pada kandungan seterusnya; bagaimanapun, kebanyakan kehamilan berikutnya tidak mempunyai masalah yang sama.[10] Kemurungan, kesulitan dari segi kewangan dan perpecahan keluarga merupakan beberapa komplikasi yang diketahui akibat lahir mati.[9]Di seluruh dunia pada tahun 2015 terdapat kira-kira 2.6 juta kelahiran mati yang berlaku selepas 28 minggu kehamilan (anggaran 1 per setiap 45 kelahiran).[2][11] Perkara ini berlaku paling kerap di negara membangun, terutamanya Asia Selatan dan Afrika Sub-Sahara.[2] Di Amerika Syarikat setiap 167 kelahiran akan terdapat satu kes kelahiran mati.[11] Kadar kelahiran mati telah menurun, walaupun lebih perlahan sejak tahun 2000-an.[12]

Lahir mati

Kaedah diagnosis Tiada rasa pergerakan janin, ultrabunyi[5]
Kekerapan 2.6 juta (1 per setiap 45 kelahiran)[2]
Gejala Kematian janin pada atau selepas 20 / 28 minggu kehamilan[1][2]
Rawatan Pengaruhan proses kelahiran, pendilatan dan pengosongan[6]
Pengkhususan Obstetrik
Punca Selalunya tidak diketahui, komplikasi kehamilan[1][2][3]
Faktor risiko Usia ibu melebihi 35 tahun, merokok, penggunaan dadah, penggunaan teknologi pembiakan berbantu, kehamilan pertama[4]
Nama lain Kelahiran mati, kematian janin, mati dalam kandungan

Rujukan

WikiPedia: Lahir mati https://www.nichd.nih.gov/health/topics/stillbirth... https://web.archive.org/web/20161005085055/https:/... http://www.who.int/maternal_child_adolescent/epide... https://web.archive.org/web/20161002035346/http://... https://www.nichd.nih.gov/health/topics/stillbirth... https://web.archive.org/web/20161005123557/https:/... https://www.nichd.nih.gov/health/topics/stillbirth... https://web.archive.org/web/20161005132231/https:/... https://www.nichd.nih.gov/health/topics/stillbirth... https://web.archive.org/web/20161005131840/https:/...